Friday, September 30, 2011

# Perempuan yang bertudung lebih teruk daripada tak bertudung ?

Assalamualaikum ,
Have a nice day readers , lama kan ta update blog ? hehe . tetiba ari ney terasa naa conteng2 plak blog ney . neways , setelah sekian lama ta update , memang banyak laa kan na story mory . aha , tadi masa ida blogwalking ida ada jumpa satu blog ni . Serious blog ini sangat bagus , cukup untuk menyedarkan kita yang jahil bab2 agama dan ida taa nafikan yang ida pun belum cukup ilmu tentang agama , banyak lagi naa kena belajar dan ida tertarik untuk share benda ni dengan semua .Pesanan untuk wanita muslimah dan jugak diri ida sendiri . Kita sama-sama mengingati antara satu sama lain yaa .


         

ALASAN YANG SELALU DIGUNAKAN




1. Walaupun dedah aurat, diri masih menjaga maruah dan tidak melakukan perkara tak senonoh?

"Walaupun tidak pakai tudung, saya tetap masih jaga solat dan menjaga tingkah laku"

”Janganlah nilai orang dari luarannya. Don’t judge a book by its cover!”


Jawapan:
Adakah anda mendakwa diri anda mempunyai hati yang suci, iman yang tinggi dan kononnya ia sudah cukup menjamin maruah diri tanpa perlu menutup aurat? Tetapi adakah anda berani menjamin bahawa semua lelaki ajnabi yang melihat aurat anda mempunyai hati sesuci dan iman setinggi anda juga? Langsungkah mereka tidak memberi kesan dan tidak membangkitkan nafsu serakah mereka yang berada di hadapan anda? Jadi, perlu diberi kefahaman bahawa kewajipan wanita menutup aurat bukanlah semata-mata untuk menjaga maslahat dan maruah pihak wanita itu sendiri, tetapi maslahah yang lebih besar ialah menjaga masyarakat yang berada di sekelilingnya agar tidak terfitnah disebabkan budaya mendedahkan aurat. Betapa banyak kes-kes jenayah rogol dan cabul berpunca daripada wanita sendiri yang mempamerkan tubuh badannya yang terdedah di hadapan khalayak lelaki. Maka tutuplah aurat bukan sekadar untuk anda, tetapi juga demi kemaslahatan orang lain di sekeliling.



trusimplicity:


Dua is the shield of a believer.  If you keep knocking on the door of Divine Mercy, it will be opened to you.Imam Ali (as)





2. Perempuan yang bertudung lebih teruk daripada tak bertudung?

"Ala… perempuan pakai tudung pun berperangai buruk!"
“Ada juga rakan saya yang betul-betul menutup aurat tetapi perangai dan kelakuan mereka lebih teruk dari perempuan yang tidak memakai tudung!”
“Ada seorang kakak tu pakai tudung, tapi perangai buruk, mengumpat sana mengumpat sini”
“Siapa kata orang tak pakai tudung semua jahat?”

Jawapan:
Ungkapan anda ini seolah-olah sedang memperlekehkan insan yang sedang berusaha mentaati perintah Allah (dalam bab tutup Aurat). Apakah anda perasan bahawa anda sudah lebih baik berbanding insan yang menutup aurat tersebut apabila anda berani melafazkan ungkapan seperti itu, sedangkan anda sendiri membiarkan aurat anda terbuka? Salah sama sekali dalam hal ehwal agama, untuk kita membandingkan diri kita dengan mereka yang lebih buruk agama dan akhlak. Ia adalah teknik Syaitan untuk menghentikan seseorang dari melakukan usaha pemulihan diri kepada yang lebih baik. Nabi bersabda: Dua perkara yang sesiapa dapat perolehinya akan ditulis dirinya sebagai hamba yang bersyukur dan sabar, sesiapa yang gagal dalamnya, tidak akan ditulis sebagai orang bersyukur dan sabar. Iaitu sesiapa yang melihat tentang agamanya kepada mereka yang jauh lebih baik darinya, lalu ia berusaha mengikutinya, dan dalam hal keduniaan mereka melihat kepada orang-orang yang kurang darinya sehingga ia memuji Allah atas nikmat yang diperolehinya. (HR At-Tirmidzi)



3. Tidak mahu hipokrit bila bertudung?
"Bertudung ni perlukan keikhlasan…"
“Saya mahu berubah kerana saya sendiri yang ingin berubah. Saya mahu melakukannya dengan ikhlas, bukan kerana disuruh.”
“Buat apa pakai tudung kalau hati tak betul”


Jawapan:
Allah swt dan RasulNya telah mengarahkan seluruh wanita muslimah WAJIB untuk menutup aurat tidak kira sama ada seseorang itu ikhlas atau tidak, suka atau tidak, disuruh oleh orang lain atau terbit dari hatinya sendiri. Sama seperti mendirikan solat, membayar zakat, puasa Ramadhan dan semua arahan serta larangan Islam yang lain, sama ada seseorang itu ikhlas atau tidak, terpaksa atau tidak. Sekiranya ikhlas dijadikan alasan maka, ramai diluar sana tidak perlu solat 5 waktu kerana sukar mencapai tahap keikhlasan yang ingin dicapai.
Perlu diingatkan, jika seseorang menutup aurat secara ikhlas atau separa ikhlas, maka dia akan beroleh ganjaran sekadar keikhlasannya. Namun tanggungjawab fizikal yang diwajibkan oleh agama dikira sudah terlaksana secara zahirnya. ATAU kata lainnya, tatkala itu dia hanya BERDOSA SEKALI iaitu kerana tidak melaksanakannya secara ikhlas, tetapi dia terhindar dari dosa tidak mengerjakan yang wajib ke atasnya secara zahir. Namun jika dia degil dan tidak menutup aurat, atas alasan TIDAK IKHLAS, TIDAK MAHU HIPOKRIT dan sebagainya, tindakannya itu menjadikannya BERDOSA di sisi Allah secara fizikal dan juga spiritual, atau dalam kata lainnya, dia berdosa DUA KALI. Dosa di level pertama dan kedua sekaligus, malah lebih musnah apabila dosa level pertama itu sangat mudah bercambah apabila ia berjangkit kepada orang lain, seperti apabila sahaja ada mata lelaki bukan mahram yang melihat, ketika itu dosa bukan hanya dua kali tetapi sebanyak mata lelaki yang melihat. Adapun bagi mereka yang tidak ikhlas tadi, at least dia sudah terselamat dari cambahan dosa dari mata lelaki. 







4. Menunggu seru untuk bertudung?
“Biarlah ianya datang daripada saya sendiri, bukan dipaksa sesiapa. Bila tiba masa, Insyaallah saya bertudung”
“Saya tahu hari itu akan tiba tetapi bukan sekarang”
“Insyaallah, apabila sudah berkahwin barulah saya bersedia”


Jawapan:

Jika bukan sekarang, maka adakah apabila sudah terlantar di rumah mayat baru ingin berubah? Sedarilah wahai diri, bahawa kematian akan datang secara tiba-tiba dan tiada sebarang jaminan umur masih panjang beberapa minggu lagi.



Ida pun taa perfect , sekadar berkongsi taa salah kan ? Pesanan untuk semua :) Ida just copy & share utk semua :) 


Tengs sebab sudi membaca yaa . memang terbaik :)



Friday, February 18, 2011

Anak dara paling tuaa?? aiiiyakkkk~~

RAHSIA umur panjang slalu dikaitkan dengan pemakanan yang baik, menjaga kesihatan badan serta faktor genetik. Nyway, seorang wanita Britain mendakwa rahsia usianya mampu mencecah 105 tahun disebabkan dirinya yang masih perawan! aiyakkkk...hoho
Inilah kisah pelik tapi benar mengenai status diri Clara Meadmore yang diisytiharkan sebagai anak dara paling tuadi Britain setakat ini. Malah, Meadmore yang berasal dari Truro, Cornwall dan baru menyambut hari jadinya yang ke 105 tahun Sabtu lalu, mendakwa tindakannya menjauhi hubungan seks sebagai punca utama usia lanjutnya..Astaga.....huhu

Clara Meadmore sememangnya seorang gadis yang cantik.. :)
Haaa...tpikat laaa tuh sang laki2 di luar sana bile ngk gurl cantik camni kan,kan,kan???haha sabO2..yg nih pic dia masa muda2 dulu...hot gitewww...Jap2..sabo2.. skang camne lakkk rupa Clara nih????mst lg cHantekk nih...Ciss..cis..cis...x saba nk ngk nih..agagaga..


Jeng..jeng...jenggg~!!! :D 

Tadaaaaaaaaaaaa~!!! Nih laa Clara MeadMore td... :) Tuk sang laki2 yg bkenan ngn dis girl..boleh2 masuk line..x de owang marah sbb Clara nih masih single :)


Alasan Clara Meadmore kenapa dia x nak kawen n sanggup single???

- jadual dirinya yang terlalu sibuk selain menganggap hubungan intim dan seterusnya berasmara sebagai sesuatu yang 'melecehkan.' hahaha....alasan yg bernas..:)

-Lebih pelik, Meadmore yang pernah beberapa kali menolak lamaran, juga tidak pernah menyesal, sebaliknya berbangga menjadi perawan biarpun dirinya kini di ambang hari-hari terakhir kehidupannya.

-Ramai yang bertanya sebab. Tidak kurang menuduh saya tidak siuman atau sukakan teman sejantina. Tapi itu cuma tuduhan liar semata-mata. Hakikatnya, dia x minat dengan hubungan2 teman tapi mesra n berkasih ngn laki nih....hehe :D
Beliau terpaksa menyara kehidupannya dengan bekerja sebagai setiausaha dan pembantu rumah. Ketika inilah, Meadmore menerima beberapa lamaran perkahwinan yang ditolaknya secara baik.
-"Bagi saya, mungkin zaman saya membesar menyebabkan saya melihat kehidupan daripada perspektif berbeza. Ketika itu, rama gadis pingitan dan sukar dilihat sedangkan saya lebih berminat bekerja. Ini menyebabkan lelaki tidak sukakan wanita berani seperti saya. Masa berlalu dan saya terbukti sudah terlalu tua untuk berkahwin!" katanya berseloroh.
-Apakah yang dilakukan bagi mengisi masa terluangnya? "Saya membaca, berkebun, beriadah, memasak dan mendengar radio."

-Beliau tidak pernah menyesal tidak bersuami, beranak dan bercucu biarpun terpaksa menghabiskan sisa-sisa hidupnya di Rumah Orang Tua Perran Bay, dengan status perawan paling tua di Britain setakat ini.


Tanyalah apa saja dengan wanita yang masih kuat daya ingatannya biarpun sudah lanjut usia. Tragedi Titanic dan tercetusnya Perang Dunia Pertama adalah antara perkara yang masih melekat dalam pemikirannya. Kuat ingatan betol dia nih..Penghafaz yg baik..Boleh digelar Al-Hafizah nih...ekekekkeke :D

Info yg menarik nihhh :D Camne laa plak kalo aku yg still single smpai umur 105 cam dia nih?Ciss..cisss..cisss...haha..Hope dijauhkan sejauh2 nyaa~nauzubillah~huhu...

Wednesday, February 16, 2011

Wanita CANTIK selalu SETIA tawwwww!!!

MOOD LAGU BACKGROUND : Jiwang ala2 gatal sikit.haha
(comel kan lagu nih? )


Ok back to the topic,
Haaaa! baik mengaku cepat sape rasa dia cantik!
sape perasan dia cantik !
sape yang bersyukur sebab dia cantik !
sapa yang dimaksudkan dengan "wanita cantik" dalam entry aku nih !,
dan sapa2 lah yang terasa dengan entry nih..
(sila baca dengan nada excited dan buatlah muka paling bangga sikit ayat di atas)




1


2


3




Tadaaaaa!
























Hamik ko! Sentap uOOllsssss~!!!!
Terperanjat beruk comel i bila tgk artikel nih. huekhuekhuek *gelak itik*
Berdasarkan title entry dan title dalam paper nih
agak berlainan sikit gara-gara diubah penulis blog ! Sory aku dah tipu korang.Mesti ada yang nak mengaku. Takpe..normal la tertipu...Normal la tuh perasan diri tuh cantik..(huahua)


Actually aku jumpa artikel nih dalam facebook kawan  aku malam tadi...
(wah siap nak mention bagai, banggalah sikit kawan  yang dimaksudkan tuh )
Artikel nih memang dah lama pon, tapi aku yang ketinggalan baru nak jumpe..


Ada orang cakap, perumpamaan yang paling sesuai dan kena dengan isu nih macam
"Kereta Cantik - Mahal, Mentenen Tinggi, Susah Jaga "


Kenapa wanita cantik selalu curang? Betol ke wanita cantik selalu curang? Mandai2 je la sape yang buat kajian nih...Mandai-mandai je omputeh yg buat kajian camni.. Nih yang nak bangkang sebangkang-bangkangnye nih! (Ayat tak puas hati kan.. macam lah aku cantik sangat..huekhuekhuek) Entry nih aku tulis untuk tontonan umum ok.. Takde kena mengena antara yang hidup mahupon yang dah mendahului kita.. And paling penting x de kene mgena dengan aku..haha~
HErmm..Mungkin sebab...dia rasa dia cantik. Dengan cantik..dia nk tackle suma laki hensem...
Tapi jaga-jaga mak minah..jangan sampai tertackle laki hidung belang. ngeh ngeh ngeh!


Tapi ada jugak yang aku baca,
Wanita CANTIK akan kelihatan hodoh jika hatinya tak cantik.
Wanita CANTIK akan kelihatan hodoh juga kalau hanya cantik semata-mata di luaran sahaja,
tapi dalaman NON ADO!
Wanita CANTIK akan kelihatan hodoh jika mulutnya celupar @ cabul @ tak sayang mulot @ cakap sesedap mulut jiran sebelah rumah dia je!


Sedih plak rasa, sikit2 perempuan yang kena. janganlah asik2 salahkan perempuan. Bukan semua perempuan macam tuh. Bukan semua perempuan jahat camtuh ( eyh perkataan jahat macam kejam sangat). Bukan semua perempuan "nakal" camtuh..huhu.Sesuai..sesuai..! So, secara kesimpulannya, jangan jadi wanita yang cantik2 sgt, bahayew. haha. Jadi yang sedang-sedang ajaaaa dan sedap mata memandang jek. ngeh ngeh ngeh!


Tapi yang penting, pegang satu prinsip,
LELAKI yg baik adalah utk WANITA yg baik dan WANITA yg baik utk LELAKI yg baik.


Lagi satu,
Dalam sesuatu hubungan kena ada restu mak ayah kita. Kalau takde restu, tak guna jugak.
Siap sedialah korang untuk mendapatkan restu daripada mak dan ayah korang. Huahuahauau.
Aku dah pass dah!
hakhakhak!!! btw~bidadari syurga adalah wanita solehah~ ritee????!!!

Saturday, January 29, 2011

~Rijal Akhir Zaman~

Kuberfikir..
Lelaki diakhir zaman ini
Payah untuk kutemui
Yang benar-benar sibuk
dengan urusan baiki diri
Yang ada kini hanya
Sibuk dengan urusan mengumpul dunia
Walau diketahui dunia ini hanya penuh tipu daya

Kuberfikir..
Lelaki diakhir zaman ini
Susah untuk kutemui
Yang benar-benar takut pada Ilahi
Sentiasa mendambakan kasih Ilahi
Yang ada hanya mengharapkan kasih insani
Yang melalaikan orang dan diri sendiri

Kuberfikir..
Lelaki diakhir zaman ini
Sukar untuk kutemui
Ahli profesional yang bertaqwa
Yang benar-benar meletakkan Islam dijiwa
Menggunakan profesionnya sebagai matlamat keakhirat sana
Yang ada hanya ahli profesional yang lalai dan leka
Yang hidupnya lebih berat dari barat
Ibadah dan amal terasa amat berat

Kuberfikir..
Lelaki diakhir zaman ini
Payah untuk kutemui
Yang sentiasa bergelumang dengan majlis ilmu yang bermanfaat
Yang sanggup bersusah dan penat
Dalam mengejar dan memahami ilmu yang berkat
Yang ada kini hanyalah berbangga dengan ijazah yang ada
Tapi ilmu fardhu ainnya kosong belaka

Kuberfikir..
Lelaki diakhir zaman ini
Susah untuk kutemui
Yang suka berbincang tentang ilmu akhirat
Syahid yang sentiasa menjadi matlamat
Mensyiarkan Islam dan menjunjung syariat
Yang ada cuma menghidupkan sunnah barat
Dan melupakan kehidupan akhirat

Kuberfikir..
Lelaki diakhir zaman ini
Sukar untuk kutemui
Yang sentiasa bermunajat dan berzikir
Sentiasa bertafakkur dan berfikir
Sunnah Rasulullah cuba dipahat dan diukir

Namun kutetap berfikir..
pasti masih ada lagi
Lelaki diakhir zaman ini
Seperti yang kufikir....



















Sunday, January 16, 2011

~ JODOH ~ Allah Yang Menentukan.......

Jodoh Dari Allah....

Salam mujahadah dan perjuangan buat sahabat-sahabat yang sentiasa di bawah lindungan dan rahmat Allah S.W.T. ...Alhamdulillah , Allah mengizinkan ana untuk muncul kembali di ruang maya ini...


Selama berada di alam realiti perjuangan dan alam realiti masyarakat, banyak ilmu berguna serta pengalaman berharga dikutip dan dipelajari.Kisah suka duka insan-insan yang bergelar hamba.Insan -insan yang terplih oleh Allah untuk diuji...Terplih oleh Allah untuk mendapat pahala kesabaran.Diuji, dan terus di uji oleh Yang Maha Pencipta..


Sering kali di katakan, kita kan hamba..Allah Yang Maha Mengetahui, Allah Yang Maha Berkuasa ke atas kita..Jadinya layaklah kita diuji....dan terus di uji hingga ke akhir hayat kita...Kata-kata puitis yang seringkali didengari, diucapi...Namun, bila diuji dengan ujian Allah, mampukah kita menghadapinya??Mampukah kita meredhai Qada` dan Qadar Allah...??Insyaallah, Allah mengetahui segalanya...Tempuhilah dengan sabar..Sabar dan Redha dengan ketentuan dari Allah.Sabar itu indah.....Di warkah ini, tak terlambat untuk ku ucapkan salam barakah buat kakak seperjuangan yang dikasihi.Akhirnya, selamat bergelar seorang zaujah kepada muslimin yang dihadirkan dari Allah melalui wasilah orang yang soleh dan solehah.Juga tahniah atas kesabaran dan ketabahanmu kak...Sabar menanti jodoh...Sabar berdoa dan terus berdoa..Dan, akhirnya...berjaya mendirikan Baitul Muslim, Baitul Dakwah."Ke Arah Membina Sebuah Keluarga Sakinah, Mawaddah wa Rahmah"..Insyaallah.


Sesungguhnya doa, usaha dan tawakal akak pada Allah membuahkan hasil dari Allah.Walau jodoh hadir di usia 30 an, usia yang majoriti wanita telah dianugerahkan anak-anak, Namun..segala yang berlaku adalah dari Allah.Pasti ada hikmahnya...Kerana urusan jodoh itu dari Allah.Allah akan hadirkan tepat dan bila masa yang sesuai untuk akak bergelar seorang isteri.


Tepat pada masa dan kita bersedia untuk memikul tanggungjawab dan amanah yang begitu besar sekali.Amanah dalam membina sebuah keluarga Islam yang diredhai Allah...Amanah untuk terus istiqamah bersama perjuangan Islam walau diri bergelar seorang isteri dan juga ibu.


"Dan Tuhan kamu berfirman: "Berdoalah kamu kepada-Ku nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu." (Surah Ghafir ayat 60)


Doa senjata mukminah..Buat kakak-kakak seperjuangan yang ku kagumi....Walau jodoh kalian belum di hadirkan oleh Allah lagi, Teruskanlah berdoa....Berkat dari doa, usaha dalam menemui jodoh, Allah akan bagi ganjaran yang selayaknya untuk kalian.Ku kagumi kesasabaran dan ketabahan kalian.....cekal dan bersemangat dalam menyampaikan risalah Islam....tabah menghadapi ujian yang mendatang....Tahniah dan syabas kakak-kakak ku.....


Moga Allah hadirkan insan yang hebat buat kalian...Insan yang beriman, bertaqwa dan bersama-sama kalian dalam meneruskan perjuangan Islam.Mujahidah sejati
Terus subur mekar mewangi
Seindah suria menerangi bumi
Harapan ummah yang abadi..


Mujahidah sejati
Menyoroti langkah Khadijah
Aisyah Fatimah, menjadi muqarrabin
Bermujahadah, merebut cinta
Dan kasih Allah....


Paras rupa bukannya ukuran
Nilainya sama di sisi Tuhan
Cuma ibadah yang membezakan
Wanita solehah di sisi Tuhan.......

Saturday, January 15, 2011

Friday, January 14, 2011

LiTaSkUnU ILaiHa.........

NASIHAT Ayah Kepada Puterinya Sebelum BERKAHWIN..

Bismillah
Assalamualaikum

Nasihat ayah buat anak perempuan yang bakal bergelar isteri..

Wahai anakku,
Dua perkara ini anakku..jika engkau pegang dan tanam dalam kehidupanmu dan dirimu,
InsyAllah akan dikau menemui keharmonian dan keamanan dalam pelayaran rumah tangga.

Itulah antara "Sabar" dan "Tolak Ansur".

Andai engkau berjaya memenuhinya kedalam sikapmu, maka kukuhkanlah ianya sehingga keakhir hayatmu,
Sekiranya dirimu belum lagi mencapainya...maka persiapkanlah diri sebaik-baik dan sebenarnya dengan memperhebatkan dahulu dirimu dengan dua perkara tersebut.

Dengan sabar dan tolak ansur, kamu bakal membawa hati dan kehidupan suamimu dalam beroleh kebahagiaan menjadi pemimpin yang cemerlang dalam rumah tangga. Janganlah dikau menurut emosi dan penilaianmu kecuali dengan mengingati dua perkara tersebut.

Sabar & Tolak ansur daripada hati yang ikhlas dan tiada menyimpan apa jua perasaan daripada pengaruh dan persekitarannya.
Walau kamu dipihak benar...maka tetaplah bersabar dan bertolak ansur.

Percayalah anakku, bila masalah datang menguji suatu ketika nanti antara dirimu dan suamimu..kamu bijak atur ianya dengan perkara tersebut..maka suami itu akan berfikir dan merenung kembali atas kesilapan yang dilakukannya.

SABAR + TOLAK ANSUR = AMAN ---> lahir daripada; KEIKHLASAN & penerimaan hati atas ketentuan (SYUKUR & REDHA)

Thursday, January 13, 2011