Saturday, January 29, 2011

~Rijal Akhir Zaman~

Kuberfikir..
Lelaki diakhir zaman ini
Payah untuk kutemui
Yang benar-benar sibuk
dengan urusan baiki diri
Yang ada kini hanya
Sibuk dengan urusan mengumpul dunia
Walau diketahui dunia ini hanya penuh tipu daya

Kuberfikir..
Lelaki diakhir zaman ini
Susah untuk kutemui
Yang benar-benar takut pada Ilahi
Sentiasa mendambakan kasih Ilahi
Yang ada hanya mengharapkan kasih insani
Yang melalaikan orang dan diri sendiri

Kuberfikir..
Lelaki diakhir zaman ini
Sukar untuk kutemui
Ahli profesional yang bertaqwa
Yang benar-benar meletakkan Islam dijiwa
Menggunakan profesionnya sebagai matlamat keakhirat sana
Yang ada hanya ahli profesional yang lalai dan leka
Yang hidupnya lebih berat dari barat
Ibadah dan amal terasa amat berat

Kuberfikir..
Lelaki diakhir zaman ini
Payah untuk kutemui
Yang sentiasa bergelumang dengan majlis ilmu yang bermanfaat
Yang sanggup bersusah dan penat
Dalam mengejar dan memahami ilmu yang berkat
Yang ada kini hanyalah berbangga dengan ijazah yang ada
Tapi ilmu fardhu ainnya kosong belaka

Kuberfikir..
Lelaki diakhir zaman ini
Susah untuk kutemui
Yang suka berbincang tentang ilmu akhirat
Syahid yang sentiasa menjadi matlamat
Mensyiarkan Islam dan menjunjung syariat
Yang ada cuma menghidupkan sunnah barat
Dan melupakan kehidupan akhirat

Kuberfikir..
Lelaki diakhir zaman ini
Sukar untuk kutemui
Yang sentiasa bermunajat dan berzikir
Sentiasa bertafakkur dan berfikir
Sunnah Rasulullah cuba dipahat dan diukir

Namun kutetap berfikir..
pasti masih ada lagi
Lelaki diakhir zaman ini
Seperti yang kufikir....



















Sunday, January 16, 2011

~ JODOH ~ Allah Yang Menentukan.......

Jodoh Dari Allah....

Salam mujahadah dan perjuangan buat sahabat-sahabat yang sentiasa di bawah lindungan dan rahmat Allah S.W.T. ...Alhamdulillah , Allah mengizinkan ana untuk muncul kembali di ruang maya ini...


Selama berada di alam realiti perjuangan dan alam realiti masyarakat, banyak ilmu berguna serta pengalaman berharga dikutip dan dipelajari.Kisah suka duka insan-insan yang bergelar hamba.Insan -insan yang terplih oleh Allah untuk diuji...Terplih oleh Allah untuk mendapat pahala kesabaran.Diuji, dan terus di uji oleh Yang Maha Pencipta..


Sering kali di katakan, kita kan hamba..Allah Yang Maha Mengetahui, Allah Yang Maha Berkuasa ke atas kita..Jadinya layaklah kita diuji....dan terus di uji hingga ke akhir hayat kita...Kata-kata puitis yang seringkali didengari, diucapi...Namun, bila diuji dengan ujian Allah, mampukah kita menghadapinya??Mampukah kita meredhai Qada` dan Qadar Allah...??Insyaallah, Allah mengetahui segalanya...Tempuhilah dengan sabar..Sabar dan Redha dengan ketentuan dari Allah.Sabar itu indah.....Di warkah ini, tak terlambat untuk ku ucapkan salam barakah buat kakak seperjuangan yang dikasihi.Akhirnya, selamat bergelar seorang zaujah kepada muslimin yang dihadirkan dari Allah melalui wasilah orang yang soleh dan solehah.Juga tahniah atas kesabaran dan ketabahanmu kak...Sabar menanti jodoh...Sabar berdoa dan terus berdoa..Dan, akhirnya...berjaya mendirikan Baitul Muslim, Baitul Dakwah."Ke Arah Membina Sebuah Keluarga Sakinah, Mawaddah wa Rahmah"..Insyaallah.


Sesungguhnya doa, usaha dan tawakal akak pada Allah membuahkan hasil dari Allah.Walau jodoh hadir di usia 30 an, usia yang majoriti wanita telah dianugerahkan anak-anak, Namun..segala yang berlaku adalah dari Allah.Pasti ada hikmahnya...Kerana urusan jodoh itu dari Allah.Allah akan hadirkan tepat dan bila masa yang sesuai untuk akak bergelar seorang isteri.


Tepat pada masa dan kita bersedia untuk memikul tanggungjawab dan amanah yang begitu besar sekali.Amanah dalam membina sebuah keluarga Islam yang diredhai Allah...Amanah untuk terus istiqamah bersama perjuangan Islam walau diri bergelar seorang isteri dan juga ibu.


"Dan Tuhan kamu berfirman: "Berdoalah kamu kepada-Ku nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu." (Surah Ghafir ayat 60)


Doa senjata mukminah..Buat kakak-kakak seperjuangan yang ku kagumi....Walau jodoh kalian belum di hadirkan oleh Allah lagi, Teruskanlah berdoa....Berkat dari doa, usaha dalam menemui jodoh, Allah akan bagi ganjaran yang selayaknya untuk kalian.Ku kagumi kesasabaran dan ketabahan kalian.....cekal dan bersemangat dalam menyampaikan risalah Islam....tabah menghadapi ujian yang mendatang....Tahniah dan syabas kakak-kakak ku.....


Moga Allah hadirkan insan yang hebat buat kalian...Insan yang beriman, bertaqwa dan bersama-sama kalian dalam meneruskan perjuangan Islam.Mujahidah sejati
Terus subur mekar mewangi
Seindah suria menerangi bumi
Harapan ummah yang abadi..


Mujahidah sejati
Menyoroti langkah Khadijah
Aisyah Fatimah, menjadi muqarrabin
Bermujahadah, merebut cinta
Dan kasih Allah....


Paras rupa bukannya ukuran
Nilainya sama di sisi Tuhan
Cuma ibadah yang membezakan
Wanita solehah di sisi Tuhan.......

Saturday, January 15, 2011

Friday, January 14, 2011

LiTaSkUnU ILaiHa.........

NASIHAT Ayah Kepada Puterinya Sebelum BERKAHWIN..

Bismillah
Assalamualaikum

Nasihat ayah buat anak perempuan yang bakal bergelar isteri..

Wahai anakku,
Dua perkara ini anakku..jika engkau pegang dan tanam dalam kehidupanmu dan dirimu,
InsyAllah akan dikau menemui keharmonian dan keamanan dalam pelayaran rumah tangga.

Itulah antara "Sabar" dan "Tolak Ansur".

Andai engkau berjaya memenuhinya kedalam sikapmu, maka kukuhkanlah ianya sehingga keakhir hayatmu,
Sekiranya dirimu belum lagi mencapainya...maka persiapkanlah diri sebaik-baik dan sebenarnya dengan memperhebatkan dahulu dirimu dengan dua perkara tersebut.

Dengan sabar dan tolak ansur, kamu bakal membawa hati dan kehidupan suamimu dalam beroleh kebahagiaan menjadi pemimpin yang cemerlang dalam rumah tangga. Janganlah dikau menurut emosi dan penilaianmu kecuali dengan mengingati dua perkara tersebut.

Sabar & Tolak ansur daripada hati yang ikhlas dan tiada menyimpan apa jua perasaan daripada pengaruh dan persekitarannya.
Walau kamu dipihak benar...maka tetaplah bersabar dan bertolak ansur.

Percayalah anakku, bila masalah datang menguji suatu ketika nanti antara dirimu dan suamimu..kamu bijak atur ianya dengan perkara tersebut..maka suami itu akan berfikir dan merenung kembali atas kesilapan yang dilakukannya.

SABAR + TOLAK ANSUR = AMAN ---> lahir daripada; KEIKHLASAN & penerimaan hati atas ketentuan (SYUKUR & REDHA)

Thursday, January 13, 2011